Saturday, July 16, 2011

kelebihan bulan Sya'aban


Salam sume! petang ni aku nak cite pasal kelebihan bulan Syaaban...molek sangat la law kite berpuase dan banyakkan amalan pada bulan nie sebab pahala yang diberi melimpah ruah....

kat bawah nie aku copy paste dri mane entah...hehe...jom kongsi bersame...

Sabda Nabi s.a.w: Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

* Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.
* Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
* Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


Peringatan
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Selamat menunaikan ibadah =D


No comments: